Monday, December 29, 2014

Malu dengan diri sendiri

assalamualaikum..

dipendekkan cerita, aku malu dengan diri sendiri...malu atas perbuatan aku yang dulu..bodoh dengan tindakkan yang aku dah lakukan dulu..kenapalah aku boleh bukak balik post-post aku yang lama tu?ahhh dem!boleh tak nak salahkan mereka/mereka-mereka yang paksa aku buat macam tu?haishhh..kenapalah dulu aku macam tu yerk???kelakar pun ada tengok diri aku yang dulu..penulisan aku..segala post-post aku yang dulu..mungkin belum akhil baligh lagi kot waktu tu..kotttttt la...

terlalu mengagung-agungkan dan menyanjung X yang kononnya dulu dicintai dan menyintai satu sama lain..uurrggghhh..kenapa perkataan ni keluar pulak...tapi hakikatnya memang ye...tapi tu semua dulu..mungkin kalau tak ada yang dulu, takkan ada aku yang sekarang ni..yang 'lebih matang dalam semua perkara'..sudah boleh berfikiran waras dalam membuat sesuatu keputusan hidup sendiri tanda dibelenggu oleh anasir-anasir asing..diri aku, hidup aku, dan keputusan aku..apa kau kisah..

setiap orang berhak dalam membuat keputusan sendiri tanpa paksaan daripada sesiapa dan orang lain patut paham dan akur setiap apa yang telah diputuskan oleh orang tersebut..hormati keputusan dia barulah orang tak boleh nak pertikai setiap keputusan yang korang buat..that how it works..tapi, setiap keputusan yang dibuat tu, mestilah ditanggung sendiri musibabnya..kau kan yang buat keputusan...kalau baik, baik lah..kalau buruk?ko nak suruh siapa tanggung???sendirilah jawabnya..

sabar dan bersyukur..itu nak pesan..sabar dalam setiap perkara yang korang tunggu..benda yang korang nk capai..bila dah dapat, apa jugak keputusannya, bersyukur.. :D

p/s  : semoga sihat-sihat disana bersama teman baru..kbye (rindu x sebenarnya)
       : kepada mereka-mereka diluar sana, jangan sampai aku tau kewujudan korang ye :p

Monday, December 08, 2014

Just want my life back

Assalamualaikum..

haishhhh..pagi-pagi lagi mood dah swing...penat sebenarnya memikirkan apa nasib aku sem ni..teruk sangat dah...sampai tak terurus..sem ni lah aku dah mula ponteng kelas itu ini..ahhhh...sejak 2 minggu yang lepas, asyik sibuk je dengan SISPA..tak larat dah nak mengadap benda alah ni lama-lama..mual tau tak mual...

Ketua Majlis Perwakilan SISPA..aku lah tu..tapi, bukan aku nak banggakan sangat pangkat aku ni dalam SISPA..bukan seindah apa yang korang fikir..bukan semudah apa yang korang fikir..jadi ketua ni, bukan senang sebenarnya..tapi, kenapa orang masih mengejarkan amanah ni???apa sebenarnya yang mereka ini akan dapat?aku rasa teruk gila aku jadi ketua ni..mungkin aku tak ada sifat-sifat kepimpinan dalam diri..orang boleh la kata, 'alahhh paan, benda ni kena belajar'...ya, senang orang tu berkata..cuba kau yang duduk kat tempat aku..baru kau tau apa rasanya jadi ketua...

bukan aku minta sangat jadi ketua ni..berat sebenernya tugas ini untuk aku sandang..lagi-lagi aku jenis orang yang tak serius..hu ha hu ha sana sini..tak suka akan suasana yang serius..tak reti nak mengarah orang, tak reti nak marah-marah orang, apatah lagi nak mengarah orang..posisi ni tak kena dengan aku...kenapa pilih aku?sebab aku rajin menghadap orang pentadbiran?tak semudah itu pilih aku jadi ketua...

AAHHHHHH..rimas..dengan diri ini tak terurus, nak urus anak buah pulak..haishhh..pening kepala aku..minggu lepas ada program anak angkat yang pesertanya seramai 300++ orang dengan kekuatan urusetia hanya 40orang..serabut kepala otak ni jadi pengarah program..dengan orang atas satu hal, peserta lagi satu hal...ahhhhh...HOTAK DIA! .. memang menguji kesabaran betul la semua ni...tak pernah-pernah aku jadi pengarah program, tiba-tiba terus dapat program yang peserta dia banyak gila gaban..ni macam nak suruh bayi terus berlari sebelum boleh merangkak tau tak..

serius, tak selesa sebenarnya nak arah-arah orang ni..nak kena buat keputusan sendiri..dengan anak buahnya perangai masing-masing nak kena hadap...apa ni apa ni???RIMAS..kita tak tau, apa anak buah komplain pasal kita..pernah terlintas kat kepala aku ni dorang akan kata 'paan tu mengarah je tau, kita ni serabut buat kerja lari sana sini'...aku rasa macam aku ni tak buat kerja..paham tak paham tak..? sebab tu lah aku ni tak suka mengarah..lebih selesa diarah daripada mengarah..benda yang tak kena, aku yang kena..ada cacat cela, aku yang dicarinya... T.T

habis cerita program anak angkat..lepas satu beban..sepanjang aku jadi ketua ni, orang pentadbiran mesti cari aku dulu..apa-apa hal, aku dulu..nak apa-apa, aku yang dipanggil dulu..hhhmmmmppphhh..dah la sem ni serabut..dengan result test yang aku rasa aku tak pernah dapat sebelum-sebelum ni..risau sebenarnya macam mana result aku sem ni..tak dapat nak rangka stratergi..apalah nasib aku sem ni..seriously, aku dah lama tak menikmati cuti hujung minggu dan ianya tak normal untuk student macam aku..please, just give my life back...

sebenanrnya, aku sayang SISPA..kalau boleh aku tak nak miss 1 pun aktivitinya..rasa tak keruan..tapi, kalau dah hari-hari muka ni je yang sibuk amik tau hal SISPA, aku sendiri yang meluat..lepas ni, aku rasa aku nk bagi ruang kat diri sendiri, nak releks kan diri daripada SISPA buat sementara ni..bagi keadaan lega, baru sambung balik...

Tuesday, November 11, 2014

pendakian yang awesome

assalamualaikum..

haaaaaaaaa, fuuuhhhhhh..lama dah tak menaip kat sini..jadi, mungkin dah berkarat sikit la skill menaip aku ni ha..hahaha..jadi, seperti biasa, hidup di alam degree ni selalunya sibuk..dengan assignmentnya lah, projeknya lah, test itu ini lah...haaaaaaah!rungsing aku dibuatnya..tapi kita masih follow the flow... :)

minggu lepas, aku telah melawat sebuah negeri dibawah bayu..ya, SABAH! what a great escape...masalahnya, aku pergi sana tu dalam minggu kuliah..jadi, terpaksalah kita ponteng 1-2 kelas untuk menjayakan 'the great escape' ni..hahah..bila difikirkan balik kan, kenapa dibekalkan hanya 80% kehadiran kita ke kelas? mana lagi 20%? waktu-waktu macam ni lah kita nak gunakan 20% yang ada tu untuk kita enjoy...hehehe...

kembali ke cerita asal

perancangan ke sabah ni dibuat hampir setahun dengan membuat keputusan yang tak berapa yakin sebenarnya..Alhamdulillah, akhirnya semua berjalan dengan lancar..perkara utama kita datang ke sabah adalah untuk mendaki gunung kinabalu..YEAH! serius, bila sampai je sabah rasa nervous gila..dalam otak dok fikir, boleh ke aku sampai puncak ni..tengok gunung kinabalu ni dari kaki gunung, tinggi gila lah gunung ni..pemikiran mulalah nak negetif..tapi kita releks je sebab dalam hati ni berkobar-kobar untuk ke puncak!


start pendakian tanpa warm up, lepas je gate terus jalan..nampak tak berkobar nya..hahaha..tapi, korang jangan la tak warm up, takot-takot berlaku kecederaan sebab bila kita mendaki ni, otot yang berkerja lain dengan otot yang berkerja bila kita berjalan atau berlari..so, make sure warm up dulu ya..

nampak x berkobarnya dia ni..hahah

kita sentiasa cool dan tenang..hehehe


selfie sikit






pendakian hari pertama ke laban rata..trail sepanjang 6km memang mencabar fizikal dan mental..haha...tapi, sangat enjoy mendaki..clapping hand, pasang lagu kuat-kuat, mendaki sambil menari-nari, bertegur sapa dengan pendaki lain..memang tak bosan..yang paling best, kita buat benda-benda ni sorang-sorang je.. -_-

mula pendakian jam 1030 dan selamat sampi di laban rata pada jam1400..dengan cuaca yang dinggin, jangan takut untuk berpeluh sebab takkan bau peluh korang tu..hahaha..

muka gembira gila dah sampai sini
dah sampai kena tunggu pulak

makan malam kita


makan sepanjang kat gunung ni semuanya buffet...best sangat lah haiiii sebab kita boleh amik semua jenis makanan tanpa had..memang makan saja aku..haha..tapi, anda hanya ada 2minit sahaja untuk menikmati air panas kerana selepas itu, air itu akan sejuk disebabkan persekitran yang dingin..hahaha..pukul 9 masuk tidur, sebab kita nak kena bangun pukul 2.30pagi nanti untuk sambung pendakian hingga ke puncak..

jemahs ready for action..
2.30pagi bangun dan kita makan (late supper) dulu sebelum panjat..makan dan makan lagi..hahaha..jadi, pendakian daripada laban rata ke puncak bermula 3.00 pagi dan sampai pada pukul 5.30pagi..lama kot masa yang diambil walaupun trail hanya 2km..trail yang kedua ni memang betul-betul mencabar sebab korang akan bernafas dengan keadaan udara yang nipis..kat sini lah aku bergerak slow macam kura-kura sebab kurang oksigen..mat saleh tu laju je jalan..geram pulak aku tengok..tapi, kita tau sendiri kapasiti dan had limit jantung kita...so, releks dan jalan je perlahan-lahan..tak lari puncak di kejar.. huhuhu

selfie sebab tak ada sapa nak amikkan gambar

bukti saya dah sampai ke puncak

ahhhhhhh, rasa puas hati gila la dah sampai ke puncak gunung kinabalu..seronok sangat..tak sangka aku mampu sampai ke puncak...YES!!!







bila mendaki malam-malam, kita tak nampak pun sekeliling..bila dah terang, baru lah nampak semuanya..cantik sangat..memang bertuah gila la cuaca cantik, badan sihat untuk kita mendaki ni..satu pengalaman yang baru..





turun satu lagi hal la pulk..kenapalah dia tak buat cable car ke kat atas ni...senang la sikit aku nak turun tak payah la nak menapak lagi..hahaa..tapi, turun puncak lagi best dan kurang memenatkan..tapi korang kena berlarilah..hahaha..seronookkk..syok gila kaki silang-silang elak batu yang nak dipijak tu..hahaha,,keseluruhannya, aku berjaya naik dan turun puncak dengan selamat.. :D












ahhhhhh,,dah tak larat nak tulis lagi..ketandusan idea dah..jadi, keseluruhannya, ianya satu ekpidisi yang sangat menarik...Alhamdulillah diberi kesempatan untuk sampai ke puncak..dan insyallah, akan ditawan lagi gunung-gunung yang ada.. :D





JUMPA LAGI KINABALU <3 font="">

Tuesday, September 16, 2014

maaf atas segala kekurangan saya

assalamualaikum..

hari ni tiba-tiba terasa nak buat penulisan pulak atas dasar timbul satu rasa yang tidak senang hati...dari tajuk pun dah boleh agak kan...hmmmm...hidup dah 21 tahun ni, tapi bila bab dalam mejaga perhubungan tu, aku masih lagi tidak mahir lagi-lagi bila dengan perempuan..bukan hubungan 'bf' 'gf'...tapi hubungan atas nama 'kawan'...senang betul orang lain terasa dengan aku atas apa yang aku dah buat...ya aku sedar itu salah aku..kadang-kadang aku pun akan rasa benda yang sama padahal benda yang kecil je diperkatakan...

terutama sekali dengan insan yang bergelar perempuan ni...kalau saya ada sakitkan hati atau perasaan anda, saya mintak maaf...dan aku mintak maaf in advance sebab MUNGKIN akan datang, anda akan disakiti lagi oleh saya dengan benda yang sama jugak...sebab apa, sebab saya ni memang kuat pelupa...apa yang anda semua katakan hari ini, jangan berharap yang saya akan ingat untuk akan datang..mintak maaf sangat-sangat...saya akui, itu kelemahan saya.. :(

saya tak pernah berharap anda semua ingat serba serbi tentang saya, sebab saya akan lupa serba-serbi tentang awak...maaf saya ikhlas dari hati..

jadi, ini ucapan saya sempena ulang tahun kelahiran awak yang ke-21

'SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE-21,semoga dengan meningkatnya usia ini, anda dilimpahmurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan tubuh badan, dipanjangkan umur, dilindungi segala gangguan mahupun bencana, hidup ceria bersama keluarga dan rakan-rakan, ditemukan dengan jodoh yang soleh dan segala kebaikan yang Allah ada dikurniakan kepada awak. maaf sepanjang perkenalan kita ini, masih ada lagi ketidakfahaman antara satu sama lain, saya menyakiti awak, maafkan saya. saya boleh jadi peneman setia awak, pendengar setia awak tapi hanya dari jauh. maaf tidak kerana tidak dapat bersama awak pada hari-hari yang lain terutamanya hari ini sebab saya teringin nak sambut ulang tahun awak. maaf sebab tak ada kek, tak ada hadiah, dan tak ada suprise (walaupun awak tak suka suprise). maaf atas segala kekurangan saya. SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN' -besties-

Sunday, July 27, 2014

Ucapan Raya 1435H

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar,
LaailahaiAllahu Allahu Akbar,
Allahuakbar Walilahilham.

Assalamualaikum.

jam dah menunjukkan pukul 1.16 pagi dan aku belum tidur lagi gara-gara nak buat ucapan raya..tak larat la nak balas sorang-sorang punya ucapan raya..jadi, aku ringkaskan dalam blog ni untuk korang baca ucapan raya aku untuk korang semua pada tahun ini..

1435H, syukur alhamdulillah segala nikmat, rezeki yang dikurniakan kepada kita untuk menempuh bulan mulia, bulan Ramadhan..diberi kesempatan untuk kita menyempurnakan rukun islam yang ke-4..semoga segala amalan kita lakukan pada bulan Ramadhan kali ini diterima dan diberkati Allah..amin..

Syawal pula menjelma, masa untuk kita raikan kemenangan kita setelah sebulan berpuasa menahan nafsu kita dari segala permainan dunia, merebut ganjaran yang ditawarkan pada bulan Ramadhan..Ya, ianya satu kemenangan jika ianya berjaya dilaksanakan..semoga Syawal kali ini disambut dengan penuh kesederhanaan dalam kemeriahan.. 

hoh! bunyik mercun ni menjengkelkan aku, ditambah lagi lagu-lagu raya yang seriang diulang-ulang di radio..uurgghh

hari raya ni lah masa yang sesuai untuk kita bermaaf-maafan antara satu sama lain..sejujurnya, aku tak ada keberanian untuk dituturkan dengan mulut perkataan 'maaf' seikhlas hati dek kerana ego yang menggunung menghalang aku untuk berbuat demikian..aku tau, aku sangat banyak buat kesilapan kat dunia ini terutama kepada manusia disekeliling aku..jadi, aku harap korang dapat terima ucapan aku ini dalam bentuk penulisan yang tatabahasanya hancur lari kelaut...

"Mohon kemaafan atas segala kesalahan yang telahku lakukan secara sembunyi mahupun nyata, yang lepas, kini ataupun yang akan datang..yup, manusia tak pernah untuk lupa melakukan kesilapan..maaf atas sikapku yang terlalu kebudak-budakan dalam gurauan, kebarananku dalam mengawal emosi, keegoanku dalam menyakitkan hatimu, kepura-puraan tidak tahu membuat kesilapan terhadapmu dan banyak lagi sikap burukku terhadapmu..walaupun tangan tidak dapat dihulur untuk menyusun 10 jari memohon kemaafan, harap penulisan ini sampai dihati kalian..Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin"

Jika dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, Insyallah kita jumpa lagi dilain hari.. 

p/s : kalau ada siapa-siapa yang nak datang beraya, sila buat janji temu dulu ya.. hoho




Tuesday, June 24, 2014

YO!

Assalamualaikum..

Lama dah tak buat penulisan...haha..maklumlah, kita ni sibuk dengan hidup degree..banyak benda nak kena settlekan..tambah lagi dengan culture shock yang aku alami semala sem1 degree aku ni..hahaha..terpinga-pinga cari rentak untuk satu tahap yang baru..so, sekarang dah mula cuti sem yang panjang..2 bulan lebih jugak la aku bercuti sebelum awal bulan september nanti akan sambung balik dengan semester yang baru..

dan tiba-tiba pulak hari ini nak buat penulisan tanda aku lega menempuh semester 1 degree aku...hahah..memang dulu niat x nak pun sambung degree ni...tapi banyak faktor sebenarnya yang aku rasa rugi kalau aku tak sambung degree sekarang..dan, ni lah aku sekarang dah berjaya menempuh semester yang pertama degree..seriously aku dulu ada rasa give up nak sambung degree sebab aku dah tak larat nak belajar lagi..rasa nak kerja je..tapi, apa yang aku nampak, lagi banyak kebaikannya aku sambung belajar daripada aku terus kerja..so, aku decided untuk sambung belajar sekarang, nikmati alam belajar sebelum waktu tu aku takkan rasa bila aku dah mula kerja..

so, alam degree...pemikiran semua dah ada sedikit kematangan muncul..masing-masing dah mula bercerita pasal kahwin...ahhh sudah...apa yang aku mampu buat, hanya menambah rencah dalam perbualan mereka tu..bagi sedap sikit..ada yang cerita macam dorang tu desperate nak kahwin...hahaha..nak buat macam mana lah akan..dengar je lah...ada jugak yang dah bertunang, even yang dah kahwin pun ada..kita yang tak kahwin ni nak buat macam mana, reda je lah..rezeki kita belum sampai lagi..positif positif...hahaha

owh owh, cerita pasal exam aku :(  ....sedikit kecewa lah...tak sangka yerk degree punya exam agak susah yerk compare dengan diploma punya..amboi soalan final dia, bukan main...memang tak nak kasi aku jawab semua soalan..mesti ada soalan yang aku tak sempat nak jawab..tu belum kira soalan yang aku tak reti nak jawab...haishhh..betul apa yang Dr. Afeendi kata, jangan nak mengharapkan keajaiban berlaku...memang tak!hmmm..tak apa lah..aku dah usaha, jadi sekarang tawakal je tinggal..plus dengan carry mark aku yang entah tak tau tinggi ke rendah, berserah jelah..harap-harap sem ni dapat score sebab belum pasti lagi sem-sem akan datang boleh score ke tak sebab subjek akan menjadi semakin killer.. T-T

cuti panjang dah bermula, aku memang duduk rumah je lah nampaknya..kerja tak berbaloi untuk aku..apa lagi, mari jadi tauke ladang jagung.. :D

looking for like this gathering the next semester 


Monday, May 05, 2014

pengorbanan yang berat sebelah

assalamualaikum...

jadi, seperti mana yang kita semua tau, dunia ni ada perinsip penukaran sama nilai..ya..benda baik akan dibalas baik..benda buruk akan dibalas buruk..sama jugak dengan apa yang kita usahakan..sekuat mana kita usaha, pasti hasilnya berbaloi dengan usaha yang kita telah lakukan..tapi, perkara apa yang paling utama yang perlu kita usahakan?

tanggungjawab..masing-masing ada tanggungjawab...masing-masing adalah khalifah di bumi Allah ini..tapi, sejauh mana kita dah menjalankan tanggungjawab kita itu?apa tanggungjawab kau?

seorang hamba kepada Tuhannya?
seorang anak kepada ibubapanya?
seorang pelajar terhadap pelajaranya?
seorang ketua terhadap sesebuah organisasinya?

yang mana satu engkau punya?

YA! itu semua engkau yang punya..adakah engkau jalankan tanggungjawab kau atau kau abaikannya?atau, kau tidak berlaku adil terhadap tanggungjawab kau?

kenapa semua ini baru aku sedar?untuk kita mencapai sesuatu, kita mesti korbankan sesuatu..itulah perinsip penukaran sama nilai..tapi, apa yang aku buat adalah pengorbanan yang berat sebelah..pengorbanan yang aku bodoh dan sia-sia..kenapa aku boleh lakukan pengorbanan ini sedangkan orang yang aku sayang boleh terabai?kenapa?kenapa aku sanggup korbankan semuanya untuk itu tapi aku tak boleh nak korbankan sedikit masa aku untuk family aku?

bodoh bodoh bodoh...kau selalu dihubungi dengan harapan dia dapat jawapan yang kau akan pulang ke kampung halaman...tapi apa yang aku jawab adalah aku terpaksa bekorbannya dengan aktiviti yang aku dah selalu korbankan...pentingkan diri sendiri!

ya, aku rasa kadang-kadang minat itu perlu ada batas..mintak maaf sanagat..aku sebenarnya dah meluat dengan semua ni..penat melayan karenah itu ini..cepat terpengaruh dengan kata-kata itu ini..kenapalah aku tak berfikiran rasional sebelum membuat keputusan?

dah tiba masa untuk aku korbankan untuk sesuatu yang aku sayang daripada asyik berkorban untuk benda yang aku minat

gambar hiasan


Saturday, May 03, 2014

bukan semua perasaan suka itu terbalas

assalamualaikum..

hmmmmm..aku tak reti nak mula dari mana..macam mana aku nak luahkan kat sini ya?aku rindu dengan penulisan aku..rasanya, banyak perkara yang aku nak tulis kat sini..tapi, bila aku bukak je, idea terus tak ada...

aku...aku seorang yang sukar untuk diramal..even diri aku sendiri pun tak dapat nak ramal diri sendiri...aku harap sangat yang orang lain kenal aku..tapi tak sebab aku sendiri tak kenal diri sendiri...sedih rasanya dengan keadaan diri sendiri..tak tahu sejak bila sifat ni ada dalam diri aku..aku tak boleh buangnya dari hidup aku sebab ia dah sebati dengan diri aku...
apa yang aku harapkan selama ini, baru aku sedar yang benda itu bukanlah sesuatu yang baik untuk aku...baru aku tahu yang benda tu akan membuatkan aku menjadi lebih teruk..apa yang perlu aku buat?

aku teruk..aku teruk..serba salah rasanya...pedihnya lahai rasanya bila cinta bertepuk sebelah tangan...setelah sekian lama menaruh harapan, then that hope vanish right the way...it just need a second to vanish...punah semua harapan...bukan kau sahaja yang pernah rasa...aku pun pernah...kau dan aku merasai benda yang sama...ditolak mentah-mentah kerana mungkin bukan dasar suka sama suka..kenapa benda macam ni boleh ada kat dunia ni?

sangat tersentuh bila ada orang yang care pasal kita..yang amil tahu pasal kita..serius aku hargai itu..memang itu yang aku cari selama aku hidup ni..tapi aku tak tahu kenapa bukan kau yang aku cari dalam hidup ini?aku tak tahu kenapa aku yang kau pilih untuk kau bagitahu perkara ini?kenapa mesti aku?apa yang ada pada aku?
aku ni seorang yang

pentingkan diri sendiri
perangai tak matang
selekeh
malas
hidup tak terurus
dan banyak lagi perkara buruk pasal aku...kenapa aku?

memang susah kita nak jumpa orang yang kita suka itu, pada masa yang sama kita suka kat orang tu...aku rasa, kalau jumpa orang yang macam tu, baru kita akan appriciate life ni kan?mungkin la.mungkin..
serba salah dibuatnya untuk tak terima perasaan suka orang tu terhadap kita..maaf..maaf sangat-sangat..bukan aku tolak kau mentah-mentah...tapi, mungkin aku takut bercinta..sebab aku tak nak putus hubungan jika tidak ada jodoh...aku tak nak aku tersilap langkah...aku buat langkah berjaga-jaga untuk pastikan perkara itu takkan berlaku dan berulang lagi..sakit rasanya...

aku lebih suka dan selesa dengan keadaan kita yang sekarang ni...dan aku tak nak hubungan ni terputus sebab tindakkan bodoh aku ni...seriusly, maaf..aku belajar dari kesilapan yang aku pernah buat dulu..jangan berharap kepada benda yang tak pasti...dan aku harap kau pun buat begitu jugak...berharaplah kepada Allah jika jodoh ini ada..dan bila ianya masih ada, kita akan jumpa suatu hari nanti..jika tidak, maknanya Allah sediakan kau dengan seseorang lebih baik daripada aku..



**nak mintak maaf sangat-sangat jika anda terguris hati membaca penulisan ini..bukan nak buka aib siapa dalam penulisan ini..aku cuma luahkan apa yang aku rasa aku perlu luahkan..

Wednesday, April 02, 2014

malang betul nasib bakal isteriku

Assalamualaikum..

hahaha...tajuk bukan main...so, asyik-asyik cerita pasal cinta, kahwin...sebenarnya dah bosan kot dengan topik-topik macam ni..macam dah tak ada idea lain dah..haishhhh..tapi, benda ni aku rasa perlu untuk aku dedahkan untuk bakal isteri aku baca supaya dia tak terkejut nanti...hihihi...*manalah tau kan...bukan apa, manusia ni kan cepat lupa...jadi, entry kali ini kira macam peringatan la and mungkin lepas ini akan ada penambah baik...sebab, kita dalam proses belajar..belajar tentang kehidupan..baitulmuslim.. :)

ok, kenapa aku kata 'malang'? meyh aku senaraikan sifat-sifat yang aku rasa buruk pada diri aku ni..

1) suka memerli, tak suka diperli

ok, yang ni aku rasa paling kritikal...sifat aku yang paling buruk..suka perli orang, tapi tak suka diperli oleh orang...nampak macam tak fairkan...tapi itulah hakikatnya...aku dari dulu lagi nak cuba kurangkan sifat ni...tapi mulut ni, bila nampak je ada point, mulalah potpetpotpet...dan selalu kena dekat kawan-kawan aku..sorry guys...bila orang nampak je point aku, aku mula rasa gelisah...mesti dorang nak perli aku ni...hhmmmm...pertukaran sama nilai...bila dah kawen nanti, mesti isteri aku yang akan selalu kena perli dengan aku..kesiannya dia..

2) tidur keutaman saya

ha, ini satu lagi hal...bila dah tidur tu, memang susah nak terjaga..kalau terjaga pun mesti sebab sejuk sangat, lepas tu nak pergi bilik air..hahaha...seriusly, aku ni jenis yang tidur mati.. nanti bila dah ada anak, takut tak bangun untuk bila dia merengek tengah malam...bila dia menangis kelaparan..kesian dia...

3) saya berumur 12 tahun

ahhhhh...bila la aku nak start membesar yerk?eh!hahaha...matang..maksud aku matang...hohoho..aku tak tahu kenapa aku macam ni..seolah-olah ada roh lain dalam badan aku ni yang membuatkan aku sepertimacam ni...sifat keseriusan itu kurang...jadi,, im like playing around like a children do...hmmmm...nanti dia akan lebih menjadi ibu kepada aku...kesian dia...

4) hobi saya kegemaran saya

dan ketahuilah bahawa hobi saya adalah anime dan kegemaran saya adalah game...please la paham dan jangan suruh saya tinggalkan salah satu daripadanya...mungkin sebab ini kot ada satu roh tu melekat kat aku sampai ada point no3 tu...hmmmmm...kesian dia..

so, ni lah antara point-point yang aku dapat terbitkan dalam penulisan kali ni..agak-agaknya, macam manalah masa depan aku yerk...aku berharap sangat aku dapat berubah untuk jadi orang yang lebih matang dan lebih bertanggungjawab kelak... berusaha la paan!



Sunday, March 16, 2014

16march2014

Assalamualaikum
 
hmmmmmm...pertama sekali, Alhamdulillah dan bersyukur sangat kerana Allah berikan aku peluang selama 21tahun untuk aku hidup...masih lagi bernafas, sihat dan kuat tubuh badan...Alhamdulillah...
 
dan, sekarang dah masuk minggu ke-6 kuliah masih lagi mencari rentak untuk terus survive hidup dialam degree..dengan assignment setiap minggu, lecturer mengajar dalam bahasa inggeris, berurusan dengan buku-buku subjek yang tebal-tebal...hohoh..hope sangat kawan-kawan dapat bagi support kat aku untuk tempuh alam degree selama 3 tahun ni..
 
snap versi degree..
so, 16mac pun dah berlalu, tak akan ada lagi ucapan 'selamat hari lahir' untuk aku..hanya menanti tahun depan jika diberikesempatan lagi...huhu..dan sebenarnya aku tak berapa suka orang yang tak tahu birthday aku kepada tahu akibat hebahan daripada orang yang tahu...sebab tu aku limitkan facebook supaya tak ada orang yang post kat wall aku sebab nak wish..hohoh..biarlah mereka tahu sendiri..bukan apa, bila ada hebahan tu aku jadi terancam..terancam daripada tepung dan telur..hahaha..jadi, biarlah mereka tak tahu...hihih

perancangan yang tak menjadi semalam sebenrnya membuatkan aku sedikit sedih...ceritanya nak pergi bpmall main bowling dan tengok wayang..bukan nak celebrate pun sebenarnya..saja-saja je since dorang aku je yang tak tengok cite need for speed lagi..terasa noob pulak...haha..tapi ape yang terjadi semalam adalah, rahmat Allah turun...Alhamdulillah..setelah lama tak hujan, akhirnya turun jugak...so, dengan pergerakkan yang terhad, aku amik keputusan untuk tidur sahaja dalam bilik..best oooo...mungkin bukan rezeki aku nak pergi sana..tapi tak apalah...Allah turunkan rahmat pada hari jadi aku... :')

owhhh..tak lupa jugak kat korang yang ingat birthday aku ni..wish bagai..ada yang siap nyanyi lagi..terharu...thanks guys..jadi, kalau aku tak lupa la siapa yang wish aku semalam..fazliana, shikin, yayan, alya asmira, maisarah, ernie khumpai, siti nabilah, khairunnisa(my sis), mak abah,  hazarina, tarmizi dan siti adilah... dan terima kasih semua sebab selama ni ada dengan aku, buat hidup aku ni lebih ceria, lebih dihargai..hihihi..sempena meningkatnya usia aku ni, aku nak mohon maaf kat korang kalau selama ni aku ada buat salah, buat korang tersinggung...sorry sangat-sangat..kalau aku ada buat salah, please tegur and let me know...manusia tak pernah lari dari buat masalahkan..selalulah ingat mengingati ye..again, thanks to you all terutama family aku (abah, mak, ayie, jimah, ifan, haikal, abg aizat)..love u all :*

again, terima kasih atas ucapan dan pesanan anda semua..insyallah saya akan jadi lebih dewasa (luaran) sebab (dalaman) saya tak pernah membesar...hihihi
 
 

Saturday, March 08, 2014

perit rasanya

assalamualaikum dan salam sejahtera...

penulisan ini tidak dirancang dan ianya begitu cepat sekali berlaku...

apa rasanya bila crush awak tolak cinta awak? pedih? perit? kecewa? pasrah? tak ada perasaan?
yeah..mesti berat kan rasanya...mana taknya, kita beria-ia kat dia tapi dia relek relek je dengan kita...paling sakit hati bila dia cakap "kita ni kawan je"...uurrrggghhhh...pasti susahkan kita nak terima hakikat...rasa macam separuh dari hidup kita hilang...terbang entah kemana...

penulisan kali ini, bukan nak menyakitkan hati mana-mana pihak...tapi sedaya upaya untuk nak memulihkan hati yang dah luka ini...

TAPI,

sanggupkah awak putuskan hubungan persahabatan yang dah lama kita bina selama ini? merempuh suka, duka, pahit manis dalam kehidupan pastinya sesuatu perkara yang amat bernilai dan satu kenangan bagi kita...ya, saya boleh bagi awak seberapa banyak masa tapi tolong jangan putuskan hubungan..walaupun keadaan nampak seperti sudah pulih, hakikatnya masih ada saki baki kebencian yang tidak boleh dizahirkan dan mungkin dendam kesumat yang disimpan dalam hati..

:'(

maaf sebab mungkin aku ni bodoh, lambat tak nampak apa keadaan yang berlaku sebelum..tapi, itulah aku dan apa yang aku mampu buat dan apa yang kau harapkan?seriusly, rasa serba salah tu ada lagi dan tak pernah hilang..tak pernah..dan rasa itu, memang patut ada dalam diri ni

Thursday, February 27, 2014

sepetang di stadium..

Assalamualaikum...

saja la nak buat sedikit penulisan petang-petang macam ni...boring tak tahu nak buat apa..hari ini, seharian dekat kampus..malas nak balik hostel dek kerana kelas malam kejap lagi..duduk-duduk kat stadium ni sambil tengok gelagak orang bersukan...owhhh... ada game bola sepak pulak...tengok la sekali since dah boring kot tengok orang jogging keliling padang...huhuh

perhati punya perhati, ada pulak Aizat Baker...hahha..main posisi pertahanan..memang mata ni tertumpu kat dia je lah..maklumlah, memang dia je yang aku kenal kat atas padang tu...huhuhu..tak tahu pulak yang dia ni atlet bola sepak..or dia amik koko bola sepak?ah..peduli lah..mata tertumpu bukan makna kita minat kat dia ye...hahha..saja je nak tengak macam mana style dia main..tu je...

oh oh...tadi ada benda yang menarik sepanjang pemerhatian aku kat padang tadi...tengok pelbagai macam pesen orang jogging..ada yang solo lah...ada berdua lah..even ada yang berkumpulan...hebat mereka ni...aku sekarang ni pong terasa malas gila nak berjogging..lain hari la mungkin...huhuh..apa yang menariknya tadi *actually, bukan la menarik pong...bila orang yang ada pasangan ni lari bersama...alahaiii..sweetnya..lagi sweet bila si perempuan ni ikot je belakang si lelaki...*ini perasaan jeles...terdetik dalam hati ni, "bila tiba masanya?"...haisshhh..kadang-kadang hati ni terkilan..terguris..pasrah...ye lah, kita ni uurrmmmmmm..paham-paham sendiri lah...

terkena pulak tadi kan..ada la dalam 2-3 pasangan...normal la kan kita ada perasaan nak hidup berpasangan...tapi bila tengok situasi tadi, makin membuak-buak perasaan nak ada pasangan...sebelum-sebelum kurang la sikit...teringin nak ada orang yang ambil berat tentang kita...sentiasa ada dibelakang kita...tapi, benda tu aku belum rasa lagi...mungkin ada hikmahnya Allah buat semua ni kat aku...mungkin aku ni belum bersedia lagi...mungkin..bersangka baik lah...

tapi sebelum nak hidup dengan manusia ni, perbetulkan lah dulu hubungan kita dengan Allah dan Rasulnya dulu...insyallah, yang ITU akan datang kemudian bila tiba masanya...


 :')

Monday, February 10, 2014

Teruskanlah

Assalamualaikum..

kepada yang berkenaan, sila abaikan post yang terdahulu...malu bila ingatkan balik..jangan salahkan diri sebab kau tak pernah buat salah...aku je yang tak serik-serik menunggu..ya, memang banyak penipuan dah aku lakukan...teruskan la hidup kau tanpa rasa serba salah..

:')

Thursday, February 06, 2014

Kita memang tak boleh dipisakan

Assalamualaikum...

*fuhhhhh

aku tak tau perasaan apa yang patut aku zahirkan..gembira? teruja? tapi yang pasti perasan sedih tu ada atas keputusaan diploma...tak apalah...benda dah lepaskan..mungkin itu satu pengajaran untuk aku berusaha lagi keras pada masa akan datang...usaha kita dah, tawakal kita dah, dan bersyukur itu pun penting agar Allah tambahkan lagi nikmat yang kita dapat... :)
*ok, dah boleh abaikan...

UTHM...haishhh..nak tak nak amik je lah peluang yang ada ni...kuatkan diri, tabahkan hati menerima takdir ini...YA...menyambung pengajian ijazah sarjana muda di UTHM...again, saya bergelar seorang mahasiswa produk UTHM...setelah 2tahun 9 bulan mengaji diploma disini, keputusan telah pun dibuat untuk tinggal di Batu Pahat lagi 4tahun... 4 TAHUH??? azab apakah ini???

tengok tu.. T.T

sebenarnya, sejujurnya diri ni dah tak larat nak sambung belajar ke peringkat degree ni...antara sebab-sebab yang boleh dihuraikan adalah :

1) sepanjang kehidupan degree nanti, mesti akan bawak buku-buku tebal dan berbahasa inggeris
2) belajar dan bertutur dalam bahasa inggeris

demikian adalah perkara yang merungsingkan diri ini...rasa menyesal pulak tak join program IBS masa tu...haishhh...hahaha..tapi, bila difikirkan balik, buat apa aku nak cepat-cepat kerja?nak kumpul duit untuk kawen?*itu betul sebenarnya   nahhhhh....hahah...mungkin itu kelebihannya...dari sudut lain pula, aku mungkin dah tak dapat merasa kehidupan as a student...itu yang paling utama...waktu jadi student la waktu yang sesuai untuk kita jatuh, bangun, jatuh balik, bangun balik...maksudnya, pengalaman hidup..aku fikir, selagi aku ada peluang, baik aku amik...sebab lepas ni dah tak ada lagi nak hangout dangan kawan-kawan, nak lepak kat stadium untuk beriadah, nak buat bising kat library, nak duduk lama-lama kat hall exam... kn kn?
:D

waktu kat diploma dulu, mak selalu tanya pasal kawan-kawan... "dia diploma ke degree?" once aku cakap degree je, mseti ayat ni yang akan keluar "ha, kenapa dia boleh masuk degree?"...aku macam "APA SALAHNYA DENGAN DIPLOMA NI???!!!" mak selalu comparekan anak dia dengan anak orang lain...kadang-kadang sedih jugak, tapi sabar je lah kan..jadi, dengan sambung degree ni aku nak macam conterattack balik la...bhahaha..*gelak jahat...

 dengan cabaran baru, peringkat yang baru ni, harap-harap diberi kekuatan fizikal dan mental untuk menempuh hari-hari sepanjang pengajian ni..

weeeee~





Sunday, February 02, 2014

AWeekVacation

Assalsmualaikum...

Alhamdulillah, perjalanan sepanjang percutian kami berjalan lancar...selamat pergi dan selamat pulang...percutian selama 7hari 6malam sangat best.. bermula di nilai-->kuala lumpur-->shah alam-->perlis-->LANGKAWI-->perlis-->ipoh-->lcct dan akhirnya sempat tengok maharaja lawak mega kat rumah...hahaha

tak sangka la plan ni menjadi...plan sebelum final exam lagi..semua beria-ria nak bercuti...cuti habis diploma la kata kan..hahah..kita ni ikut ja plan mereka..saja nak cukupkan ruang...nanti tak pergi masing-masing touching pulak...hahah...percutian yang memakan belanja RM500++ kadang-kadang terfikir merugikan pun ada...haha..tak apalah..benda dah lepas pun kan...

jadi, tempat utama yang nak dilawati adalah pulau langkawi...3hari 2 malam disana...macam biasalah, aktiviti yang tak boleh nak lari adalah mandi laut...weeeee...dan dan *nak show off sikit, saya dah pandai berenang sikit-sikit...hahah...tapi perlu dipraktikkan lagi sebab confident level terhadap air masih lagi rendah...hihi...pulau yang bebas cukai ni lah tempat yang sesuai untuk kita nak bershopping sakan...bukan shopping apa pun..coklat ja..tak sempat la nak beli t-shirt, keychain, magnet fridge dll..itu pun dah banyak habis duit..hehehe..coklat-coklat ni akan saya habiskan dirumah sepanjang cuti ni...hihihi...

island hooping, satu lagi aktivi yang sempat kitorang buat...melawat ke pulau-pulau berdekatan...driver boat dia memang bawak ikut suka ja...laju gila..dah la dengan ombaknya lagi..risau terbalik ja...haha..tapi memang awsome la abang tu..sampai sakit pinggang aku dibuatnya... T.T ....

ohhh ya, sebelum kitorang ke pulau tu, kami bermalam dikampung tok fash..belakang rumah je bendang..first time jalan-jalan kat bendang...haha..memang cantik..siap snap-snap gambar kat situ..hahaha..keluarga kat kampung sana memang baik hati..kitorang duduk kat sana, tak keluar duit pun even nak makan..memang best..dan suhu kat sana paling rendah 20C..memang sejukkkk..hehehe..thanks tok dengan tok wan sebab bagi kitorang tumpang bermalam..

cuti ni, banyak benda yang aku tak pernah buat aku dah buat...antaranya, makan lokceng, mandi air tangki besi pagi-pagi, solat jamak dalam bas...hahaha...rasa ada lagi, tapi tak ingat la...hehehe...so, cuti ni memang best sebab banyak duit dah perghabis kat sini...haha..




mohon maaf jika ada yang tersinggung..penulisan ni bukan nak bagi anda sakit hati atau jeles...sebab kali ini saya kalah dalam pemberian cadangan dan keputusan berdasarkan mejoriti...maaf tak dapat bawak korang ramai-ramai...insyallah nanti kalau panjang umur, kitorang akan buat lagi... :)

Monday, January 20, 2014

DuaTahunSembilanBulan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

hoh!*amik feel dulu

so, secara unofficiallynya aku dah pun tamatkan pengajian diploma aku di UTHM...yeay!!!
setelah apa yang aku korbankan selama tempoh ini, akhirnya sampai jugak ke penghujungnya...segala penat lelah, perasaan putus asa, malas, rajin, semangat, gila-gila dan macam-macam lagi demi menempuh satu tempoh masa yang agak lama...tapi, pejam celik pejam celik dah dekat 3 tahun aku kat UTHM ni...macam baru semalam aku belajar berjalan..hihihi...banyak benda yang aku belajar kat sini...mematangkan diri even tak banyak, tapi sikit demi sedikit aku belajar...

kawan-kawan yang membimbing aku dari mula sampai penamat..lecturer-lecturer yang berdedikasi mencurahkan ilmu...Penasihat Akadamik yang banyak membantu dalam pengurusan akademik...abang-abang dan kakak-kakak makmal sedikit sebanyak membantu pembelajaran didalam makmal...makcik dan pakcik cleaner yang sentiasa menyediakan tempat belajar yang kondusif, pegawai keselamatan yang sentiasa menjaga keselamatan dan kesejahteraan UTHM disamping menyaman pelajar (hihihih)...senior-senior yang bajet hensem/lawa sentiasa menunjukkan sikap yang matang terhadap junior-juniornya...tak lupa juga kepada penduduk sekitar Parit Raja dan Batu Pahat yang awsome...

ianya satu pengalaman yang aku tak kan lupakan..mana taknya, duduk kat bumi Johor ni lama kot...rasa best sangat tinggal di Johor (tapi bukan kat Batu Pahat la sebab banyak kilang)...thanks to you all sebab kalau tak ada korang, memang tak hidup la aku kat sana tu..huhuh...sepanjang aku kat sana, ada 2 group yang awsome orang-orangnya...meyh sini aku cerita sikit...

1) Kite-kite jer
group ni sebenarnya secara tak semana-mena ianya terbentuk..haha..dari sem 1 lagi group ni dah terbentuk...asalnya dari kelas autoCad..time tu semua skema lagi..yelah, baru masuk u kan...tapi dari situ la ukhwah terjalin sampi sekarang...serius best group ni...even sekarang ni pun aku rindu dengan ahli-ahlinya..haha..agak-agak boring, ajak gather kat tasik...paling jauh pernah pergi ke Melaka...event last sekali kitorang gather kat air terjun...tapi tak ramai yang dapat join sebab dornang semua dah balik...haishhh...hahha..tapi tak apalah...well biasa la kan, asam garam dalam kehidupan...dalam persahabatan, bukan sepanjang masa manis...ada kalanya pahit...harap peristiwa pahit tidak berpanjangan supaya ianya manis sentiasa...

2) SISPA
kepada mereka yang tak tau apa itu SISPA, ianya bermaksud Siswa Siswi Pertahana Awam Malaysia...duduk kat UTHM ni, aku dapat join 1 badan beruniform yang sangat-sangat best...huhuhu...sebab apa best?sebab pelajarannya, jurulatihnya, senior-seniornya, aktiviti-aktivitinya yang aku rasa memang susah nak cari...alah, lebih kurang je macam SUKSIS, Palapes...hubungan kitorang menjadi lebih akrab after pergi kursus di Baling, Kedah...mulanya dari situ, nampak kita lebih kerap berkumpul bersama...memang best!

so itu je yang aku mampu menaip..ayat dah macam tunggang langgang..lepas ni, biarlah gambar je yang berbicara...hohoho























sekian cerita DuaTahunSembilanBulan ku...
1 kenangan yang tak akan aku lupakan..
semoga ia kekal dalam ingatan...
terima kasih semua...