Saturday, March 31, 2012

salam 1 april

perginya march datangnya april...march yang penuh dengan cabaran tapi bagaimana pula dengan april?adakah ia setanding march?harap dipermudahkan segala urusan pada bulan april ini....

1 april...aku tak nak ada yang kata 'APRIL FOOL'...no no no..cannot...ok...huhuhu...

ok, bermulanya bulan april bermulalah sem ketiga aku yang pendek...tak lama...cuma 8 minggu je dan hanya 2 subjek je yang aku akan belajar...wahhh...macam mana life aku nanti yerk...bukan risau apa...cuma risau bosan je...hehehe...

memandangkan harini hari last aku bercuti dirumah sebelum aku sambung cuti aku kat kolej, aku nak tinggalkan wasiat kepada sahabat-sahabat aku...jadi, dengar baik-baik yerk guys...

kepada sahabat-sahabatku,
      assalamualaikum, harap saudara-saudari dalam keadaan baik serta diberkati Allah SWT. tujuan saya menulis wasiat ini adalah untuk sama-sama kita beringat bahawa hidup didunia hanyalah sementara.jadi, sentiasalah berwaspada dengan keadaan sekaliling semasa cuti panjang anda semua.kepada mereka yang belum nak bercuti lagi dan bakal menghadapi peperiksaan akhir, buatlah yang terbaik dan insyallah sahabatmu ini akan mendoakan kejayaan kamu.dan bagi mereka yang tidak bercuti, janganlah berkecil hati kepada mereka yang bercuti, sesungguhnya ada hikmah disebalik sesuatu kejadian.
*pesanan istimewa buat mereka-mereka ini
(muiz,diela,faez,faqar,izzati,fatihah)
cuti panjang nanti, silalah buat kerja yang berfaedah seperti mencari DUIT POKET sebab nantikan korang nak belanja aku...lalala~

Monday, March 26, 2012

baucar oh baucar

semua dah tahu kan, ke'validity' baucar buku 1 Malaysia tidak lama lagi akan tamat...adakah anda-anda semua mengunakan baucar buku itu dengan membeli buku?adakah benar anda gunakan baucar itu dengan sebaiknya?lalalala~

meyh sini aku nak cerita sikit...dengan berbekalkan 4 helai baucar buku yang telah diberikan kepada aku, secara riak, takbur, ujubnya aku mengatakan bahawa aku tak pun 1 beli buku pun dengan baucar tu walaupun terang-terang ditulis kat baucar itu 'BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA'....hihihih...ramai yang suruh aku beli buku peljaran lah, buku motivasi lah, ada jugak yang suruh beli novel...haduhhh...sebenarnya aku tak berapa nak suka sangat baca buku ni...tapi kalau komik tu ok la...even sem2 ni hanya module fizik je yang aku ada...subjek lain tak beli kowt...itu pun sebab dipaksa beli...Ya Allah, apa nak jadi dengan aku ni...dengan nilai RM200 tu aku telah laburkan...dan hasilnya ialah:

baucar 1: kelengkapan belajar (pensel, pen, pemadam dll)
baucar 2: headphone (belanja orang sebenarnya), pensel case, yana
baucar 3: makanan (beli kat koop)
baucar 4: pendrive

pendrive (bagi sesiapa yang tak tau)
apa-apa pun, terima kasih la yerk kat kerajaan kerana telah banyak beri aku peluang sebenarnya...dengan baucar ni, aku dapat beli pensel tekan yang asyik rosak je...lagi, liquid paper yang pertama aku ada selama 12 tahun aku belajar...pendrive yang agak besar capacity nya...yana yang sangat comel....dan dan dan...lalalaa~

FINAL terus ke INITIAL balik

seperti yang kalian tahu, semester 2 aku sudah pun berakhir...dan akan bersambung semester 3 (short sem) pada isnin depan....cuti semester hanya semiggu je...cukup la tu weyh...bersyukur...hehehe...jadi, final exam untuk semester 2 sudah pun aku hadapinya dengan releks dan tenang walaupun banyak topik-topik yang aku tak cover...Ya Allah, apa agaknya result sem 2 aku nanti yerk..risaunya...tah bila agaknya aku nak rajin ni kan...haishhhh...banyak sebenarnya yang dah terjadi kat sem 2 ni...malas je nak cite kat sini...nanti korang pulak rasa annoying dengan aku...hahaha...tak yah cerita la yerk...semester 3 nanti hanya ada 2 subjek je yang aku akan belajar...statistik dan statik dan dinamik...kalau semester 3 ni aku tak boleh nak perform, tak tahu la nak cakap apa...actually ramai yang tanya, "kenapa pulak kau tak cuti paan?"...jawapannya aku buat short sem...seriusly, korang cuti 4 bulan ke 5 bulan ke aku sikit pun tak jeles...hahaha...dengan adanya short sem ni, program untuk diploma aku dipendekkan kepada 2tahun setengah...alah, apa lah sangat (over sekejap)...sebualan setengah je pun...2 subjek...insyallah ok lah...so, banyakkan berdoa, stay cool and semuanya akan ok... :)

19th

wah...sebenarnya cite ni dah sangat dah lama...tapi baru harini ada kesempatan untuk aku ceritakan kat korang semua...rasa korang dah boleh agakkan apa yang aku nak cerita...huhuhu...16 mac yang lepas tarikh ulang tahun kelahiran aku yang ke-19...huhuhuh...

firstly, syukur alhamdulillah kerana dikurniakan kesihatan lagi sehingga sekarang...tanpaNya, tak mungkin aku dapat rasa lagi nikmat hidup...huhuhu...

secondly, aku nak ucap terima kasih kepada mereka-mereka yang telah meng'wish' aku pada hari tersebut...tak kira la awal sehari ke lambat sehari ke atau mungkin lambat 6 hari ke, tapi aku hargainya...bukan tak nak listkan nama mereka-mereka yang berbuat demikian, cuma malas je nak buat research nama-nama korang dalam phone ni..maklumlah, phone ada dua, kerja pon kena lebih la...hehehe...

third, ucapan terima kasih aku ni jugak ditujukan kepada MAXIS dan CELCOM sebab aku dapat call kawan-kawan aku secara percuma...YEAH!lagi-lagi celcom...seminggu tu weyh...hahaha...dalam seminggu tulah aku hanya call Fazliana Aziz...jangan jeles ok...hehehe...setiap jam aku kena call dia...dia buli aku...sampaikan kawan-kawan aku rasa annoying dengan aku sebab asyik bercakap dalam phone je...hahaha...alahai, bukan selalu pun aku buat macam tu pun...seminggu setahun je...

nilah kek aku...hehehe

Sunday, March 25, 2012

blogging marathon

jadi, cuti sem sudah pun bermula...aku akan post entry2 yang agak membosankan...
*untuk bulan 3 sahaja...

Wednesday, March 21, 2012

Sialan

aku benci, benci dan BENCI...!
paham bahasa tak wahai manusia...
aku tak tahu kenapa Allah duga aku macam ni...
mungkin ada hikmah disebalik sesuatu kejadian...
Ya, aku percaya yang itu...
2 kali aku diduga...
2 kali...
kejadian pertama berlaku semester lepas...
kejadian kedua baru-baru ni...
kehilangan barang yang melibatkan aku tetapi hakikatnya bukan aku yang ambil...
secara logiknya, memang betul aku aku boleh jadi suspek utama dalam dua-dua kes ini...
walaupun aku mengatakan bahawa bukan aku yang mengambilnya, siapa akan percaya..?
sebab hanya aku sahaja yang ada ditempat kejadian...
tolonglah, aku merayu sangat-sangat...
tolonglah percaya bahawa bukan aku yang mencurinya...
setakat ni, aku tak tergamak lagi nak tikam kawan-kawan aku dari belakang...
memang muka aku ni tak boleh nak percaya sangat...
tapi, aku tak berani nak amik hak orang lain...
seriusly...
semalam kawan aku sorang tu ungkit-ungkit pasal benda ni...
Ya Allah, sangat-sangat tension...
rasa macam nak hempas je phone yang aku tengah penggang masa tu...
please kawan percaya aku...
 
 

Saturday, March 10, 2012

seperti mahu mengeluarkan kata-kata kesat

tadi tangan ni gatal sangat nak tengok ipad baru tu...then, hamik ko!
rasa macam nak maki hamun pun ada weyh!
gila cool la tablet baru ni...
kegairahan aku bersama galaxy tab 10.1 tidak lagi seperti dulu...
seolah-olah benda itu dah tidak lagi wujud dalam lubuk hatiku ini...
kerana apa?
kerana munculnya gadget yang baru lagi advance ciptaannya berbanding galaxy tab...
hehehe...
tulah, dulu ko beria sangatkan nak galaxy tab...
sekarang dah keluar tablet yang lagi canggih, ko nak tukar pulak...
aku tak tahu macam mana kalau keluar lagi canggih dari ipad baru ni...
mungkin kau akan tukar yang baru jugak kowt...
hahaha...
hati seperti kau ni memang tak pernah setia dalam suatu perkara...
weyh, apa tak nya...
ko bayangkanlah, ciptaan yang superb tu dan ditawarkan dengan harga yang sama dengan galaxy tab yang aku beli dulu...
cis, baru sekarang aku nak rasa menyesal...
aku dah agak perkara macam ni akan berlaku...
technology is developing...



menyesal menyesal menyesal

p/s : nak jual galaxy beli ipad...lalalalala~

Saturday, March 03, 2012

take note

please wait for a little bit longer

* -adila
   -diela
   -iela