Sunday, July 27, 2014

Ucapan Raya 1435H

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar,
LaailahaiAllahu Allahu Akbar,
Allahuakbar Walilahilham.

Assalamualaikum.

jam dah menunjukkan pukul 1.16 pagi dan aku belum tidur lagi gara-gara nak buat ucapan raya..tak larat la nak balas sorang-sorang punya ucapan raya..jadi, aku ringkaskan dalam blog ni untuk korang baca ucapan raya aku untuk korang semua pada tahun ini..

1435H, syukur alhamdulillah segala nikmat, rezeki yang dikurniakan kepada kita untuk menempuh bulan mulia, bulan Ramadhan..diberi kesempatan untuk kita menyempurnakan rukun islam yang ke-4..semoga segala amalan kita lakukan pada bulan Ramadhan kali ini diterima dan diberkati Allah..amin..

Syawal pula menjelma, masa untuk kita raikan kemenangan kita setelah sebulan berpuasa menahan nafsu kita dari segala permainan dunia, merebut ganjaran yang ditawarkan pada bulan Ramadhan..Ya, ianya satu kemenangan jika ianya berjaya dilaksanakan..semoga Syawal kali ini disambut dengan penuh kesederhanaan dalam kemeriahan.. 

hoh! bunyik mercun ni menjengkelkan aku, ditambah lagi lagu-lagu raya yang seriang diulang-ulang di radio..uurgghh

hari raya ni lah masa yang sesuai untuk kita bermaaf-maafan antara satu sama lain..sejujurnya, aku tak ada keberanian untuk dituturkan dengan mulut perkataan 'maaf' seikhlas hati dek kerana ego yang menggunung menghalang aku untuk berbuat demikian..aku tau, aku sangat banyak buat kesilapan kat dunia ini terutama kepada manusia disekeliling aku..jadi, aku harap korang dapat terima ucapan aku ini dalam bentuk penulisan yang tatabahasanya hancur lari kelaut...

"Mohon kemaafan atas segala kesalahan yang telahku lakukan secara sembunyi mahupun nyata, yang lepas, kini ataupun yang akan datang..yup, manusia tak pernah untuk lupa melakukan kesilapan..maaf atas sikapku yang terlalu kebudak-budakan dalam gurauan, kebarananku dalam mengawal emosi, keegoanku dalam menyakitkan hatimu, kepura-puraan tidak tahu membuat kesilapan terhadapmu dan banyak lagi sikap burukku terhadapmu..walaupun tangan tidak dapat dihulur untuk menyusun 10 jari memohon kemaafan, harap penulisan ini sampai dihati kalian..Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin"

Jika dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, Insyallah kita jumpa lagi dilain hari.. 

p/s : kalau ada siapa-siapa yang nak datang beraya, sila buat janji temu dulu ya.. hoho