Tuesday, January 31, 2012

CNY
















Hari sabtu yang lepas, kolej aku telah mendapat jemputan dari Timbalan Menteri Pelajaran (tak tahu nama) ke satu majlis yang diadakan di Kluang...

Nak tau majlis apa? Majlis sambutan raya cina...hahaha...yang paling aku suka, dapat makan free...YEAH!tapi, ade je yang x nak pergi...aku pun tak paham...orang ajak makan je, pastu balik...itu pon tak nak pergi...pelik la...rugi rugi...seriusly, hari tu aku tak payah nak keluarkan duit untuk beli makan...sampai sana pukul 10, apa lagi...breakfast dengan lunch telah ku jamakkan...hahaha...banyak gila kowt aku makan...kalau la tiap-tiap minggu macam ni, kan best...hahaha...dah la dapat makan percuma, lepas tu tapau bawak balik pulak tu...hahaha...kitorang bawak balik satay je untuk makan malam...huhuhu...seriusly banyak...malam makan satay je la aku...hihihi...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, January 26, 2012

hormon

Owhhh tidakkkk! Kenapalah mood aku ni macam biskut...kejap ada kejap tak ada...*tapi kenapa biskut yang menjadi cagaran...humph~ aku pon tak tau apa kena dengan aku ni...mengalahkan perempuan yang datang bulan...yelah kn, hormon tak stabil...orang kata kurangkan dengar lagu sedih...but i cant stop doing that...sekarang ni pun tengah dengar lagu 'a thousand year'...hehehe...nak buat macam mana...aku tak tau macam mana nak atasi masalah ni...ye, memang betul kita kena bergantung kepada Allah dalam segala aspek...dalam susah dan senang...jangan masa kita susah je baru nak cari Tuhan, masa senang lupa..tak patut tak patut...ingat, hanya Allah tempat kita bergantung...kalau kita ada masalah je, mesti kita akan cerita kat kawan rapat kita...*kononnya...untuk kurangkan beban la katakan...tapi, pernah ke kita cerita kat Allah??? Hurm... Jom la kita muhasabah diri...bukan tak boleh kita cerita kat kawan...boleh...tapi, janganlah kita lupa ceritakan kat yang Maha Mendengar...sambil-sambil tu boleh la kita berdoa agar masalah tu boleh selesai...jadi, kita dah usaha dan berdoa agar dipermudahkan kehidupan kita...laksanakan amalan-amalan wajib, perbanyakkan amalan sunat, dan cuba elakkan perbuatan dosa...baca al-Quran sebagai penawar kepada hati...insyallah segalanya ok..


:)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, January 24, 2012

50 yang pertama

Nampak tak barang-barang kat atas tu?hahaha...aku dah gunakan baucar aku yang pertama sebanyak RM50...nilai barang ni cuma RM46 je...lepastu, nak bagi cukup, amik la aiskrem seringgit tu 4...opsss...bukan aku makan sorang yerk...bagi kat member-member aku...gambar dah tak ada sebab aku dah makan..hihihi...jadi, ada lagi baki RM150...tak tahu la nak beli apa....ada idea tak?


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, January 22, 2012

+kampung halaman

Raya cina...sudah semestinya orang cina yang menyambutnya...tapi, ada segelintir daripada kaum lain juga turut meraikan perayaan ini...almaklumlah, kitakan 1Malaysia...hihihi...jadi, bukan itu yang aku nak ceritakan...cuti raya cina ni, aku pulang ke kampung halaman sebab ada buat tahlil...tak besar mana pun...buat dengan sedara mara je...pergh, nak kata bosannya kat sini, semalam aku boleh tido dari pagi sampai pukul 1...haha..tak ada siapa marah kot....lepas tu, bangun sebab makan tengahari...ingat kan nak sambung unutk sesi petang pulak, tapi tak jadi pulak sebab pakcik aku ajak keluar sebab anak dia nak sangat makan kuew tiau...hahaha..aku pon apa lagi...ikut je...last-last aku dapat makan mee bandung+kupang kat muar...hahah...sebelum aku keluar, parents aku dengan adik aku dah keluar dulu...tinggal la aku dengan abang aku...tapi abang aku tak keluar pun...melayan kanak-kanak...hahaha...malam semalam baru ada tahlil...


Ok, habis cerita yang tu...nak cerita pasal cina pulak...nak cerita sejarah tentang aku dan orang cina...TAK ADA...hahaha...seumur hidup aku, aku tak pernah ada kawan cina walaupun kat u aku ada orang cina..tak pernah nak berkawan...nampak kat situ, aku memang tak pandai bergaul dengan bangsa lain...mana tak nya, dari sekolah rendah sampai la sekolah menengah, semuanya melayu...mana ada bangsa lain...kalau ada pun, aku rasa aku takkan bergaul juga kot...hehehe...masa aku duduk kat sg. Buluh, ada la jiran cina tapi akak aku je la yang rapat dengan dia sebab diaorang satu sekolah...lepas tu, masa habis spm, aku ada la kenalan cina sebelah kedai yang aku kerja...tapi itu pun tak berapa nak rapat sangat...jadi, aku rasa itu je kot pengalaman aku dengan orang cina..hahaha...

Jadi, SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada kaum cina dan tidak lupa kepada mereka-mereka yang kerkacukan cina...heheh...


*nak angpau


Published with Blogger-droid v2.0.3

Wednesday, January 18, 2012

testing

Lalalala.saja je nak test app ni...okbai


Published with Blogger-droid v2.0.3

Tuesday, January 10, 2012

baucar buku 1malaysia


pandangan depan

hari ini, aku telah menuntut apa yang telah dijanjikan oleh kerajaan...ya, BAUCAR BUKU 1MALAYSIA...hahaha...

pandangan belakang
akhirnya, sampai juga kupon ni kat tangan aku...hahah..jadi, dengan kupon ni, boleh la aku beli buku ................ ???????????
buku apa ni weyh nak beli? tak ada list buku yang nak beli kowt...aduh...dah la tak boleh tukar dengan duit...kalau tak, boleh la aku makan sedap-sedap untuk raya cina ni...lalala~....boleh tak aku beli buku komik...?Masih lagi dalam ketogori buku jugakan?Hahaha...tapi teringin la nak beli buku cerita yang dulu masa sekolah rendah ada jual tu...agak-agaknya ada lagi tak?Hihihi...tak apa la...kat library ada wat jualan buku...kia cuba tengok dulu, mana yang berkenan akan ku rembat dengan tidak bernafsu*duit kerajaan kan?Bukan duit aku pon...hahaha....

jadi, dengan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kat kerajaan sebab telah membuat peruntukan kepada pelajar-pelajar khususnya mahasiswa...tak lupa jugak kat abang office yang telah menyampaikan amanah kerajaan kepada saya...

da~~~

p/s: agaknya adam adlin dapat x baucar ni??hehehe

Sunday, January 01, 2012

BESTNYA TAHUN INI

apakah saat-saat yang mengembirakan anda di hujung tahun 2011 ini?*sila tinggalkan komen anda yerk
aku nak kongsi sedikit cerita pasal aku(of course lah)beberapa hari yang lepas, aku baru saja dapat benda alah ni...tau tak apa benda berwarna pink ni?


Lawakan...haha..aku suke betul tengok warna pink ni...huhu...tapi, bukan itu yang aku nak cerita...inilah GALAXY TAB 10.1 yang aku idamkan...
setelah lama aku stalk gadget
ni, akhirnya dapat jugak aku memilikinya...hihihi...dulu memang dah mengharap sangat nak benda ni..bayangkan,tiap-tiap hari mesti tengok video pasal benda ni kat youtube...even video yang aku dah tengok pun, aku still tengok lagi tanpa rasa jemu...hahha...sampai begitu sekali tau tak...hahaha...*desprate sangat la katakan...casing yang warna pink tu aku baru beli tadi kat terminal one...lawa kan..warna pink...hahaha..tadi ade satu lagi warna...warna merah kecokletan macam tu la...
tapi tak nak jugak..still nak warne pink jugak...casing pun dah mahal...huhuhu...tak apa lah...bekorban demi tablet...kesian pulak kat dia kalau tak ada baju pulak...huhuhu...tablet ni juga jadi pengganti laptop aku, so aku datang u ni dah tak pakai laptop lagi...guna ni pun boleh...aku update entry ni pun gune tablet ....huhuhu...lagipun, tablet ni dah ada apps yang membolehkan aku guna word, excel, and power point...sangat-sangat memudahkan...hihihi...setiap kelebihan, mesti ada kekurangan...tablet aku ni bercapacity 16gb sahaja...dengan capacity yang tak berape nak cukup ni*tamak, aku bercadang untuk beli external hard disk dan samsung adapter yang berjumlah 300 lebih..tapi, tunggu la tahun depan yerk..huh

jmpe kat dlm bus

bersempena tahun baru ini, ubah la azam dan impian hidup anda tapi jangan sesekali menukar matlamat hidup anda iaitu mencari keredaan Allah S.W.T dimuka bumiNya ini...sedarlah bahawa kita ini hanyalah hamba dan cubalah jadi hambaNya yang bersyukur...dan janganlah berhenti berharap kepada apa yang anda ingin kecapi...setiap usaha mestilah disertakan dengan usaha yang gigih...insyallah Allah akan kurniakannya samaada cepat dan lambat...