Wednesday, December 11, 2013

Saja nak menaip...

Assalamualaikum...

hurmmmmm...agak-agak ada ke tak yang nak baca blog aku ni lagi yerk?haha...harap-harap tak ada lah sebab aku rasa benda ni aku perlu luahkan...aku bukan jenis yang suka cerita masalah aku kat orang kecuali mereka nak tahu dan paksa aku untuk cerita...

aku tak tahu nak mula dari mana memandangkan aku hanya luahkan apa yang aku pendam selama ni dalam blog...alam maya..mungkin suatu hari nanti aku akan jugak luahkan kat dunia nyata...bila?itu soalan yang aku tak jumpa lagi jawapnnya..samada lambat atau cepat, bergantung kepada situasa semasa...

kat dunia ni, Allah dah cantik cipta cinptaanNya dalam berpasangan...semua ada pairing masing-masing...dari sekecil-kecil atom hinggalah sebesar-besar apa yang korang rasa besarlah...hihihi...tapi, kenapa aku rasa benda tu sekarang?aku tak tahu nak define kan benda tu apa...perasaan suka?cinta?ewwwww...kadang-kadang perkataan 'CINTA' tu geli untuk didengari...

ahhhhhh...

tapi, itu lah hakikat aku sekarang ni... D.I.L.E.M.A...buntu tak tahu nak buat apa

hhuuuurrrrmmmpppp...

setiap kali aku terfikirkan benda ni, mesti aku akan mengeluh..alahaiii...complicated betul la hidup ni...mungkin apa yang aku pendam selama ni dah jadi penyakit kot dalam diri ni...tapi aku ada alasan kenapa aku senyap selama ni...tak luahkan apa yang aku pendam selama ni...mungkin orang boleh kata "confess je la", "be a men la", blah blah blah...masa depan diri yang tak berapa nak cerah ni ada hati konon...aku ni macam hentam diri sendiri lepas tu merungut ini tak betul la, itu tak betul la... =='

aku ada la jugak nak tolak benda ni ke tepi, tapi hari-hari dok dengar lagu-lagu melayu, indon (housemate pasang ok)...semua lagu dorang berunsur cinta, hati dan perasaan dan seumpama dengan berikut...baru nak letak tepi, dia datang balik...memang tak dapat la kan...mesti akan teringat balik punya lah...susah rupanya yerk...



untuk kau...
aku tak tau bila kita boleh kenal serapat ni...waktu dulu-dulu, aku hanya boleh tengok kau dari jauh...tanpa bertegur sapa...pernah jugak terdetik kat hati ni "bila lah aku boleh bercakap dengan dia?"...tapi, dulu memang tak berkesempatan...bila masing-masing dah ada haluan masing-masing, aku ingatkan akan terputus hubungan...tapi, dengan izin Allah, Dia temukan balik aku dengan kau...diberi kesempatan untuk berkenalan antara satu sama lain...memang tak sangkakan...sekarang dah 3 tahun benda tu berlalu...aku tak tau apa perasaan kau terhadap aku...tapi, hati ni sentiasa tunggu kau...aku tak tau kenapa sampai sekarang aku masih rasa sayang nak tinggalkan kau walaupun kau dah kata kita ni sekadar kawan...ya, tak pe...aku terima yang tu...mungkin aku ni penakut, tapi aku nak kau tahu, sekarang belum masa yang sesuai untuk aku bagi tahu apa yang aku nak bagitahu kat kau...bila aku dah bagi, sedarlah bahawa itulah masa yang sesuai...aku pun tak tahu apa yang kau harapkan untuk aku bagitahu kau...tak pe lah kalau kau tak pilih aku...aku gembira kalau kau gembira..   :)

*fuuuhhhh...lega sikit

Tuesday, May 07, 2013

HANYUT...

assalamualaikum...
lama sangat dah aku dah tak update blog ni...5 bulan jugaklah aku tinggalkan dunia blog ni...haish, bukan senang kita nak istiqomah...lagipun aku sekarang ni susah sikit nak update sebab tak ada pc...bila dah ada pc pun, malas nak update...hahaha...

ok, 5 bulan aku tak update tak bermakna aku nak cerita the whole 5 month punya cerita...agak la..sebulan pun tak siap update...aku just nak luahkan perasaan apa yang terpendam kat dalam diri aku ni...benda ni bukan baru-baru...tapi benda ni dah teramat lama berlaku...aku tak tahu apa sebabnya, puncanya dan aku sendiri tak tahu cara nak selesaikan...pernah tak korang buat sesuatu but the end, kau sendiri yang rasa hopeless...marah...sia-sia...amik contoh macam sapu daun kering dalam keadaan angin bertiup...ok, dapat?macam tu lah aku rasa...not certain thing, but everythings! segala aktiviti aku buat, rasa macam, uurrgghhh... "kenapa benda ni jadi kat aku!?"...akhirnya aku sendiri yang merana...meroyan tak tentu pasal...*macam ni lah...ada lah jugak kadang-kadang aku cerita kat kawan aku...then mesti word 'PMS' tu ada...yeah, aku tak kisah pun  korang nak cakap apa but still aku pun tak paham dengan diri sendiri...apa yang aku nak, apa yang aku tak nak...confuse...bingung...apa sebenarnya penyakit aku ni?can somebody explain to me...pasti takkan ada yang dapat berikan jawapan yang tepat sebab dia itu bukan aku...aku adalah aku...soalan tu sepatutnya aku sendiri yang kena jawab...tapi selama 20 tahun aku hidup, belajar kisah kehidupan, masih lagi terkial-kial mencari jawapan yang tak ada petanda..."apa sebenarnya yang kau nak tunjukkan kat aku Ya Allah?"...aku ni bukan la baik sangat pun...tapi, sikit-sikit aku belajar untuk berubah...tak susah pun sebenarnya berubah...yang susahnya nak istiqomah...haish...hari dan cantik dah amalan...esok lusa siapa tau...*ok, lari sikit...sejak bila sebenarnya aku meroyan...taktentu pasal bad mood...mungkin sejak form4 kot...malas nak cerita kisah lama...persaan yang 'forever alone' itu sikit-sikit timbul dalam hati ni...curiga membukit... "kenapa semua orang nak tinggalkan aku?"...itu ayat yang agak femes aku luahkan dalam hati...aku tak boleh nak salahkan takdir...mungkin benda tu terjadi berpunca dari aku sendiri...mungkinlah...korang boleh kata, 'kau lebihkan dunia ni, akhirat tak'...well sejujurnya, bukan senang nak balance kan kedua-dua bila kau duduk kat dunia yang nyata...its takes time...sebab tu aku kata, sikit-sikit aku balaja untuk berubah...aku tak cakap yang aku ni tak percaya benda-benda yang ghaib syurga neraka, pahala dosa...TIDAK sama sekali...*syirik tau x...sesungguhnya aku ni insan yang sangat-sangat lemah dan mudah terpedaya...kenapa aku tak boleh nak jadi macam orang lain?aku sebenarnya jeles dengan kau, kau, kau, kau dan KAU...memanglah kita kena jadi diri sendiri...but the things that i envy the most is your attitude...

kenapa aku tak boleh rajin macam kau?
kepada aku tak boleh jadi seorang obses macam kau?
kenapa aku tak boleh jadi orang yang soleh macam kau?
kenapa aku tak boleh jadi macam kau???
kenapa kenapa?

yeah, mungkin dalam diri masing-masing ada kelebihan...bukannya aku tak bersyukur...ya, aku bersyukur...cuma sedikit cemburu...tak ada lah sampai nak buat mogok ke apa...macam anda yang sedang baca ni...mesti anda ada rasa yang sama macam apa yang saya rasakan...
*ok, mati idea dah tak tau nak tulis apa


pssss, sudikah kau jadi temanku wahai blog....?jadi pendengar setia....