Assalamualaikum,
Mungkin itu apa yang aku paling rasakan sekarang ni..rasa macam, ragu-ragu untuk membuat suatu keputusan..banyak pikirkan kesan sebelum dapat buat apa-apa..macam kau takut jatuh..perasaan takut tu yang membuatkan kau sampai sekarang tidak memanjat..sebab takut jatuh..kenapa yerk perlu ragu-ragu..sepatutnya perlu berani dalam suatu perkara..barulah boleh maju ke depan..ceyyhhhh...
Macam nk shopping, dok pikir-pikir nak beli ke tak...sudahnya, tak beli pun..MENYESAL..oh ya, untuk barang-barang keperluan memang patut pun menyesal..tapi kalau barang-barang kehendak, patutnya anda patut berbangga sebab anda berjaya untuk menundukkan nafsu itu...hahaha (tapi sekali sekala apa salahnya kan? :p )..contoohhh...
eh, tapi betul la...kadang-kadang kita banyak je bagi alasan dalam hidup ni..lebih memikirkan hari ini berbanding esok...alasan tak alarat la, takda masa, takda duit..sumua tu alasan kan?tak larat, rehat la..takda duit, kerja dapat duit..takda masa, urus masa selesai masalah..nampak tak..secara kasarnya, memang ada je penyelesaian..jadi, bila kita nak kedepan?
lesson learn untuk diri sendiri yang masih lagi kena banyak lagi explore tricks hidup ni..demi untuk membina sebuah masa depan yang gemilang, harmoni, sejati..fuhhh