Monday, May 05, 2014

pengorbanan yang berat sebelah

assalamualaikum...

jadi, seperti mana yang kita semua tau, dunia ni ada perinsip penukaran sama nilai..ya..benda baik akan dibalas baik..benda buruk akan dibalas buruk..sama jugak dengan apa yang kita usahakan..sekuat mana kita usaha, pasti hasilnya berbaloi dengan usaha yang kita telah lakukan..tapi, perkara apa yang paling utama yang perlu kita usahakan?

tanggungjawab..masing-masing ada tanggungjawab...masing-masing adalah khalifah di bumi Allah ini..tapi, sejauh mana kita dah menjalankan tanggungjawab kita itu?apa tanggungjawab kau?

seorang hamba kepada Tuhannya?
seorang anak kepada ibubapanya?
seorang pelajar terhadap pelajaranya?
seorang ketua terhadap sesebuah organisasinya?

yang mana satu engkau punya?

YA! itu semua engkau yang punya..adakah engkau jalankan tanggungjawab kau atau kau abaikannya?atau, kau tidak berlaku adil terhadap tanggungjawab kau?

kenapa semua ini baru aku sedar?untuk kita mencapai sesuatu, kita mesti korbankan sesuatu..itulah perinsip penukaran sama nilai..tapi, apa yang aku buat adalah pengorbanan yang berat sebelah..pengorbanan yang aku bodoh dan sia-sia..kenapa aku boleh lakukan pengorbanan ini sedangkan orang yang aku sayang boleh terabai?kenapa?kenapa aku sanggup korbankan semuanya untuk itu tapi aku tak boleh nak korbankan sedikit masa aku untuk family aku?

bodoh bodoh bodoh...kau selalu dihubungi dengan harapan dia dapat jawapan yang kau akan pulang ke kampung halaman...tapi apa yang aku jawab adalah aku terpaksa bekorbannya dengan aktiviti yang aku dah selalu korbankan...pentingkan diri sendiri!

ya, aku rasa kadang-kadang minat itu perlu ada batas..mintak maaf sanagat..aku sebenarnya dah meluat dengan semua ni..penat melayan karenah itu ini..cepat terpengaruh dengan kata-kata itu ini..kenapalah aku tak berfikiran rasional sebelum membuat keputusan?

dah tiba masa untuk aku korbankan untuk sesuatu yang aku sayang daripada asyik berkorban untuk benda yang aku minat

gambar hiasan


No comments:

Post a Comment