assalamualaikum..
hmmmmm..aku tak reti nak mula dari mana..macam mana aku nak luahkan kat sini ya?aku rindu dengan penulisan aku..rasanya, banyak perkara yang aku nak tulis kat sini..tapi, bila aku bukak je, idea terus tak ada...
aku...aku seorang yang sukar untuk diramal..even diri aku sendiri pun tak dapat nak ramal diri sendiri...aku harap sangat yang orang lain kenal aku..tapi tak sebab aku sendiri tak kenal diri sendiri...sedih rasanya dengan keadaan diri sendiri..tak tahu sejak bila sifat ni ada dalam diri aku..aku tak boleh buangnya dari hidup aku sebab ia dah sebati dengan diri aku...
apa yang aku harapkan selama ini, baru aku sedar yang benda itu bukanlah sesuatu yang baik untuk aku...baru aku tahu yang benda tu akan membuatkan aku menjadi lebih teruk..apa yang perlu aku buat?
aku teruk..aku teruk..serba salah rasanya...pedihnya lahai rasanya bila cinta bertepuk sebelah tangan...setelah sekian lama menaruh harapan, then that hope vanish right the way...it just need a second to vanish...punah semua harapan...bukan kau sahaja yang pernah rasa...aku pun pernah...kau dan aku merasai benda yang sama...ditolak mentah-mentah kerana mungkin bukan dasar suka sama suka..kenapa benda macam ni boleh ada kat dunia ni?
sangat tersentuh bila ada orang yang care pasal kita..yang amil tahu pasal kita..serius aku hargai itu..memang itu yang aku cari selama aku hidup ni..tapi aku tak tahu kenapa bukan kau yang aku cari dalam hidup ini?aku tak tahu kenapa aku yang kau pilih untuk kau bagitahu perkara ini?kenapa mesti aku?apa yang ada pada aku?
aku ni seorang yang
pentingkan diri sendiri
perangai tak matang
selekeh
malas
hidup tak terurus
dan banyak lagi perkara buruk pasal aku...kenapa aku?
memang susah kita nak jumpa orang yang kita suka itu, pada masa yang sama kita suka kat orang tu...aku rasa, kalau jumpa orang yang macam tu, baru kita akan appriciate life ni kan?mungkin la.mungkin..
serba salah dibuatnya untuk tak terima perasaan suka orang tu terhadap kita..maaf..maaf sangat-sangat..bukan aku tolak kau mentah-mentah...tapi, mungkin aku takut bercinta..sebab aku tak nak putus hubungan jika tidak ada jodoh...aku tak nak aku tersilap langkah...aku buat langkah berjaga-jaga untuk pastikan perkara itu takkan berlaku dan berulang lagi..sakit rasanya...
aku lebih suka dan selesa dengan keadaan kita yang sekarang ni...dan aku tak nak hubungan ni terputus sebab tindakkan bodoh aku ni...seriusly, maaf..aku belajar dari kesilapan yang aku pernah buat dulu..jangan berharap kepada benda yang tak pasti...dan aku harap kau pun buat begitu jugak...berharaplah kepada Allah jika jodoh ini ada..dan bila ianya masih ada, kita akan jumpa suatu hari nanti..jika tidak, maknanya Allah sediakan kau dengan seseorang lebih baik daripada aku..
**nak mintak maaf sangat-sangat jika anda terguris hati membaca penulisan ini..bukan nak buka aib siapa dalam penulisan ini..aku cuma luahkan apa yang aku rasa aku perlu luahkan..

No comments:
Post a Comment