assalamualaikum..
hari ni tiba-tiba terasa nak buat penulisan pulak atas dasar timbul satu rasa yang tidak senang hati...dari tajuk pun dah boleh agak kan...hmmmm...hidup dah 21 tahun ni, tapi bila bab dalam mejaga perhubungan tu, aku masih lagi tidak mahir lagi-lagi bila dengan perempuan..bukan hubungan 'bf' 'gf'...tapi hubungan atas nama 'kawan'...senang betul orang lain terasa dengan aku atas apa yang aku dah buat...ya aku sedar itu salah aku..kadang-kadang aku pun akan rasa benda yang sama padahal benda yang kecil je diperkatakan...
terutama sekali dengan insan yang bergelar perempuan ni...kalau saya ada sakitkan hati atau perasaan anda, saya mintak maaf...dan aku mintak maaf in advance sebab MUNGKIN akan datang, anda akan disakiti lagi oleh saya dengan benda yang sama jugak...sebab apa, sebab saya ni memang kuat pelupa...apa yang anda semua katakan hari ini, jangan berharap yang saya akan ingat untuk akan datang..mintak maaf sangat-sangat...saya akui, itu kelemahan saya.. :(
saya tak pernah berharap anda semua ingat serba serbi tentang saya, sebab saya akan lupa serba-serbi tentang awak...maaf saya ikhlas dari hati..
jadi, ini ucapan saya sempena ulang tahun kelahiran awak yang ke-21
'SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE-21,semoga dengan meningkatnya usia ini, anda dilimpahmurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan tubuh badan, dipanjangkan umur, dilindungi segala gangguan mahupun bencana, hidup ceria bersama keluarga dan rakan-rakan, ditemukan dengan jodoh yang soleh dan segala kebaikan yang Allah ada dikurniakan kepada awak. maaf sepanjang perkenalan kita ini, masih ada lagi ketidakfahaman antara satu sama lain, saya menyakiti awak, maafkan saya. saya boleh jadi peneman setia awak, pendengar setia awak tapi hanya dari jauh. maaf tidak kerana tidak dapat bersama awak pada hari-hari yang lain terutamanya hari ini sebab saya teringin nak sambut ulang tahun awak. maaf sebab tak ada kek, tak ada hadiah, dan tak ada suprise (walaupun awak tak suka suprise). maaf atas segala kekurangan saya. SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN' -besties-
No comments:
Post a Comment