Tuesday, November 11, 2014

pendakian yang awesome

assalamualaikum..

haaaaaaaaa, fuuuhhhhhh..lama dah tak menaip kat sini..jadi, mungkin dah berkarat sikit la skill menaip aku ni ha..hahaha..jadi, seperti biasa, hidup di alam degree ni selalunya sibuk..dengan assignmentnya lah, projeknya lah, test itu ini lah...haaaaaaah!rungsing aku dibuatnya..tapi kita masih follow the flow... :)

minggu lepas, aku telah melawat sebuah negeri dibawah bayu..ya, SABAH! what a great escape...masalahnya, aku pergi sana tu dalam minggu kuliah..jadi, terpaksalah kita ponteng 1-2 kelas untuk menjayakan 'the great escape' ni..hahah..bila difikirkan balik kan, kenapa dibekalkan hanya 80% kehadiran kita ke kelas? mana lagi 20%? waktu-waktu macam ni lah kita nak gunakan 20% yang ada tu untuk kita enjoy...hehehe...

kembali ke cerita asal

perancangan ke sabah ni dibuat hampir setahun dengan membuat keputusan yang tak berapa yakin sebenarnya..Alhamdulillah, akhirnya semua berjalan dengan lancar..perkara utama kita datang ke sabah adalah untuk mendaki gunung kinabalu..YEAH! serius, bila sampai je sabah rasa nervous gila..dalam otak dok fikir, boleh ke aku sampai puncak ni..tengok gunung kinabalu ni dari kaki gunung, tinggi gila lah gunung ni..pemikiran mulalah nak negetif..tapi kita releks je sebab dalam hati ni berkobar-kobar untuk ke puncak!


start pendakian tanpa warm up, lepas je gate terus jalan..nampak tak berkobar nya..hahaha..tapi, korang jangan la tak warm up, takot-takot berlaku kecederaan sebab bila kita mendaki ni, otot yang berkerja lain dengan otot yang berkerja bila kita berjalan atau berlari..so, make sure warm up dulu ya..

nampak x berkobarnya dia ni..hahah

kita sentiasa cool dan tenang..hehehe


selfie sikit






pendakian hari pertama ke laban rata..trail sepanjang 6km memang mencabar fizikal dan mental..haha...tapi, sangat enjoy mendaki..clapping hand, pasang lagu kuat-kuat, mendaki sambil menari-nari, bertegur sapa dengan pendaki lain..memang tak bosan..yang paling best, kita buat benda-benda ni sorang-sorang je.. -_-

mula pendakian jam 1030 dan selamat sampi di laban rata pada jam1400..dengan cuaca yang dinggin, jangan takut untuk berpeluh sebab takkan bau peluh korang tu..hahaha..

muka gembira gila dah sampai sini
dah sampai kena tunggu pulak

makan malam kita


makan sepanjang kat gunung ni semuanya buffet...best sangat lah haiiii sebab kita boleh amik semua jenis makanan tanpa had..memang makan saja aku..haha..tapi, anda hanya ada 2minit sahaja untuk menikmati air panas kerana selepas itu, air itu akan sejuk disebabkan persekitran yang dingin..hahaha..pukul 9 masuk tidur, sebab kita nak kena bangun pukul 2.30pagi nanti untuk sambung pendakian hingga ke puncak..

jemahs ready for action..
2.30pagi bangun dan kita makan (late supper) dulu sebelum panjat..makan dan makan lagi..hahaha..jadi, pendakian daripada laban rata ke puncak bermula 3.00 pagi dan sampai pada pukul 5.30pagi..lama kot masa yang diambil walaupun trail hanya 2km..trail yang kedua ni memang betul-betul mencabar sebab korang akan bernafas dengan keadaan udara yang nipis..kat sini lah aku bergerak slow macam kura-kura sebab kurang oksigen..mat saleh tu laju je jalan..geram pulak aku tengok..tapi, kita tau sendiri kapasiti dan had limit jantung kita...so, releks dan jalan je perlahan-lahan..tak lari puncak di kejar.. huhuhu

selfie sebab tak ada sapa nak amikkan gambar

bukti saya dah sampai ke puncak

ahhhhhhh, rasa puas hati gila la dah sampai ke puncak gunung kinabalu..seronok sangat..tak sangka aku mampu sampai ke puncak...YES!!!







bila mendaki malam-malam, kita tak nampak pun sekeliling..bila dah terang, baru lah nampak semuanya..cantik sangat..memang bertuah gila la cuaca cantik, badan sihat untuk kita mendaki ni..satu pengalaman yang baru..





turun satu lagi hal la pulk..kenapalah dia tak buat cable car ke kat atas ni...senang la sikit aku nak turun tak payah la nak menapak lagi..hahaa..tapi, turun puncak lagi best dan kurang memenatkan..tapi korang kena berlarilah..hahaha..seronookkk..syok gila kaki silang-silang elak batu yang nak dipijak tu..hahaha,,keseluruhannya, aku berjaya naik dan turun puncak dengan selamat.. :D












ahhhhhh,,dah tak larat nak tulis lagi..ketandusan idea dah..jadi, keseluruhannya, ianya satu ekpidisi yang sangat menarik...Alhamdulillah diberi kesempatan untuk sampai ke puncak..dan insyallah, akan ditawan lagi gunung-gunung yang ada.. :D





JUMPA LAGI KINABALU <3 font="">

No comments:

Post a Comment