saat aku sedang lena di atas katil dengan angin dingin malam yang kadang kala memaksa aku untuk menyedarkan diri untuk ke tandas bertujuan untuk melepaskan hajat...tetapi, pagi semalam mempunyai pengalaman yang berbeza dengan malam-malam yang sebelumnya...pada jam 01:43am, telefon aku berdering...aku sangkakan itu hanyalah bunyi alarm yang telah aku tetapkan untuk mengejutkan aku untuk bangun pagi...tapi sangkaan aku itu sama sekali salah...bunyi telefon itu menandakan panggilan daripada orang...jadi, dengan keadaan yang separuh sedar lalu aku menjawab panggilan tersebut...tidak ku sangka orang yang membuat panggilan itu adalah atikah yang kini sedang menuntut di UPM...bermulalah perbualan kami...tujuan beliau adalah unutk senyampaikan berita sedih kapada aku...taktala aku mendengar berita tersebut, keadaan aku terus berubah...berita tentang kematian sahabat aku yang sama-sama bersekolah di MRSM Gemencheh suatu ketika dahulu...masa berlalu begitu pantas...arwah baru sahaja digegaskan ke hospital semalam...Allah lebih sayangkan beliau...
arwah mengidap penyakit denggi berdarah...tidak banyak yang aku tahu tentang arwah sebab kami hanya pernah bercakap hanya 2-3 kali sahaja sewaktu di sekolah dan hanya tegur menegur di facebook...walaupun bagaimanapun, aku rasa kehilangan arwah membuatkan aku rasa sedih kerana beliau adalah sahabat aku juga yang pernah bersama-sama berjuang dalam SPM walaupun tidak begitu rapat...kadang kala aku susah untuk menerima ketentuan takdir...tetapi, kita ini hanyalah manusia biasa yang tidak boleh mengundurkan masa...kita hanya mampu merancang, yang selebihnya Allah yang menetukan...aku berasa sangat bersalah terhadap arwah kerana aku rasa aku banyak buat salah terhadapnya...sekarang ini pun wajahnya masih lagi bermain-main dalam fikiran ini...sangat sebak untuk untuk aku mengingatinya...kepada keluarga arwah, aku mengucapkan takziah terhadap pemergian arwah...aku teringin hendak pergi melawat arwah hari ini...tetapi aku tidak dapat nak mengadirkan diri kesana...apa yang boleh aku lakukan adalah berdoa agar arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman...kepada pembaca, saya minta tolong kepada anda untuk menyedekahkan al-Fatihah kepada arwah...terima kasih atas budi baik anda semua...
No comments:
Post a Comment