Sunday, December 02, 2012

kembalinya sang seteru

assalamalaikum...
fuhh fuhh fuhh...
lama jugak aku tinggalkan dunia blogger ni...
sibuk?
tak pun sebenarnya...
malas...
ya, itulah jawapan yang paling tepat sebenarnya...
hihih...
mintak maaf la kepada pembaca tegar blog aku ni... *ada ke?
sokey...
ada banyak cerita yang aku nak taip ni...
sedia........


SEM baru, cabaran baru

actually, dah 2 minggu sebenarnya sem aku bermula...well, biasalah...persiapan untuk menghadapi sem baru itu seharusnya dirancang dengan teliti walaupun selama ini tak pernah merancang pun..hehehe...sengaja dijadikan alasan sebenarnya...macam biasalah disini, minggu pertama untuk sem baru ni, memang jarang sekali untuk lecturer buat kelas...kalau ada pun, kitorang akan tekasima...pehal lecturer ni buat kelas awal perjumpaan?hahaha...sem lepas ada 1 subjek macam itu...dan kelas tu aku tak datang sebab aku terpaksa ke senai untuk pickup kawan aku yang sarawak tu...huhuhu...tapi sem ni tak ada lah macam tu...minggu pertama langsung tak ada perjumpaan...kita beriya datang kelas...last-last lecturer tak datang pun.. -,- ...haha...memang minggu pertama releks-releks sikit la...satu lagi cerita, sem ni aku terpaksa berpisah sementara dengan rakan-rakan se-seksyen aku yang lepas gara-gara sebab daftar subjek lambat...tapi, aku tak la sorang-sorang kat seksyen baru ni...ada lagi sorang kawan aku ni...huhuh...setakat ni, aku suka dengan kelas aku... :)

sekadar perkongsian

malam kelmarin, aku join satu program ni...sebenarnya macam motivasilah...penceramah bernama Amir Idris...topik yang dibincangkan memang mearik la *kalau tak menarik, aku tak pergi... "DEANS LIST vs DEEN LIST"....menarikkan?aku dah kata dah...hahhaa...cara dia sempaikan talk dia memang stylo dan best...dia berlakon, menyanyi, bertaranum...part yang tak boleh blah dia menyanyi lagu anuar zain tajuk perpisahan...aku yang lelaki ni pun boleh cair kot...hahaha...suara dia memang sedap...tapi bukan itu je yang aku dapat dalam talk dia tu...

'sebenarnya, tak salah kita nak jadi dua-dua ni...kita hidup ni mestilah berlandaskan matlamat yang kita impikan...impikan suatu impian yang gila (besar) supaya kita akan pandang serius tentang apa yang kita impikan...kalau kita impikan benda yang kecil, pasti kita akan amik acuh tak acuh dengan apa yang kita impikan...nak tahu gila atau tak impian kita tu, cerita dengan kawan...selagi dia tak cakap 'gila' , maknanya, belum cukup besar lagi impian itu...imaginasi penting dalam kita membina impian kita...ingat, imaginasi mempengaruhi emosi, emosi mempengaruhi aksi...'
-antara isi-isi yang telah diolah oleh aku-

overall, talk dia memang superb la...tak sia-sia aku korbankan makan malam aku... :( ....

ok, setakat ini je entry aku kali ni...nanti kalau aku rajin lagi, aku buat la lagi...huhhuhu...

da~