Assalamualaikum....
Semoga pembaca dalam keadaan sihat sejahtera...
Pejam celik pejam celik, kita sudah selesai menghadapi bulan Ramadhan...
Secara yak disangka, sudah sebulan kita berpuasa...
Namun, adakah amalan kita sepanjang ulan Ramadhan diterima Allah?
Adakah kita ada berusaha dalam mencari kebaikan satu malam yang nilainya sama dengan 1000 bulan?
Tepuk dada tanya iman...
Sama-samalah kita berdoa agar kita dapat bertemu kembali pada Ramadhan ditahun berikutnya...
Insyallah...
Sempena hari yang mulia ini, inginku memohon sejuta kemaafan jika selama persahabatan kita ini ada kekurangan yang datangnya dari diri yang jahil ini...
Manusia tidak sempurna...
Manusia sering melakukan dosa...
Manusia sering lupa...
Jadi dengan niat ikhlas, sekali lagi saya ingin memohon maaf jika ada ketelanjuran samada disengajakan atau tidak disengajakan...
Sesungguhnya saya ini hamba yang lemah, miskin lagi fakir di sisi Allah...
Sedikit pesanan buat anda semua disana...
Jika anda ingin bermain dengan mercun, silalah main dalam hutan kerana tiada orang yang akan dengar...
Pernahkah anda terfikir, tengah syok-syok anda makn mercun, 'BOOM' sana, 'BOOM' sini, pasti ada sebahagian penduduk yang tinggal di sekitar kawasan anda tu rasa tidak tenang...
Ya, memang betul, hari raya memang tidak boleh dipisahkan dengan bunyi mercun itu...
Tapi, fikirlah juga orang lain yang mahukan ketenangan...
Ni tak, main mercun macam nak lawan dengan kampung sebelah siapa lagi kuat bunyinya...
Jangan main-main...
Doa orang teranianya makbul tau...
Jiran aku tu hampir aku nak doakan...
Tapi, sabar je lah selagi boleh...
:D
Jadi, semoga selamat pulang ke kampung dan selamat pulang dari kampung...
Mana yang dekat tu, jemputlah datang rumah...
Tapi lepas raya ke-3 la sebab saya berada di kampung...
Ok?
Hati-hati...
SELAMAT HARI RAYA ALDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN
:)
p/s: yang dah wish by phone, sory tak dapat nak reply..by the way, thanks... :)